Wednesday, 18 August 2021

 Covid-19


2 July 2021 Ina balik dari Hospital Kajang. Sesungguhnya siapa yang tahu dia balik bawak virus covid19 ke rumah nya. Petang tu semua ada kat umah dia. Riang ria ina bercerita pasal dia malam pertama dia tidor kat hospital. Aku dan sue pergi belikan dia tilam kat aeon big, ambik whellchair abg long bg ina pakai sementara dapat bantuan.

 7 July pagi tu akk sibuk sikit, pastu ingat nak keluar pergi barang nak buat roti sebab bread maker dah beli tp x cuba lagi. dah siap-siap nak pergi kedai shah call mintak tolong akk datang tukarkan pampes ina sbb diaorang dah sakit pinggang sbb dari malam ina berak2 akk pon pergi tolong. datang tengok ina dah lemah je, dalam hati mungkin berak2 tu, masa akk cuci najis in dah xde bau, tp warna dah bertukar hijau pekat macam baby baru lahir tu. dalam hati berkata mungkin ubat cina tu kot. lepas tu akk terus pergi ke kedai bakery ,tp singgah dulu famasi beli ubat sakit tekak utk ina, masa tu badan dan start sengal2 , masa kat kedai bekery dah rasa x sedap badan, balik singgah lg ke kedai kat maybank check suhu normal lg. tp badan dan x sedap. balik sampai rumah rasa nk demam , makan ubat terus tidur sampai ptg, Petang tux pergi tngk ina , suruh abg wan je hantar ubat ina sbb badan x sihat. Malam tu demam urat rasa nya ingat sbb buat kerja berat angkat ina , esk petang dah kebah baru dapat tanya khabar ina, rupa nya emak ina dah nak hantar ina ke KPJ. Jadi Tengahari rabu tu kali terakhir akk jumpa ina. Ptg Tu kak Sue dan abg fadil ddk depan umah akk tanya khabar akk. Cakap ina dah p KPJ, ptg tu shah balik dai KPJ singgah ke rumah sue. Tiba2 abg fadil call suruh akk dan abg wan dtg ke sana ada hal penting. Kami perdi dengan hati berdebar2. sampai je diorang cakap INA positif covid19... dummm

Bila ina positif akk adalah contact rapat ina, Bila akk dah demam semalam akk dah rasa 50% akk jugak positif covid-19, Malam tu jugak Akk check RTK . allhamdulilah akk dapat jawapan dari teka-teki tu akk positif covid19. akk redha. jd start malam tu akk dduk lah dalam bilik seorang2 selama 10 hari

Jumaat tu akk duduk rumah. Petang tu keadaan ina dah kritital. jadi petang tu akk pergi ke rumah ina untuk tenang kan Shah. Masa akk sampai shah tengah cakap ngan makcik dia kat kampung. dia nangis... akk faham perasaan dia. Ptg tu Hospital kata nk bukak oksigen jd bila2 masa je ina akan tinggal kan kami. Berat untuk kami terima kenyataan yang ina akan tinggal kan kami. Tapi Allah swt lebih berhak, lebih sayang kan ina. Ptg tu Ada GM antara keluarga ina. Part paling sedih bila shah maafkan ina dan masa mak abah maafkan ina. Shah ajar ina mengucap.


No comments:

Post a Comment

Bila rindu

Bila rindu datang berlabuh di dalam hati apa kan daya aku. Anyah ipah rindu ngan anyah dah setahun ipah tak jumpa anyah. Apa yang belaku ni ...