Friday, 21 December 2012

pergi nya tidak kembali

assalammualaikum..
RINDU perkatan yang boleh aku ucapkan dari mulut tapi ayat dari hati tak dapat digambarkan dengan kata2. Pada 21 November 2012 lebih kurang 6.30 ptg kembalinya ABAH kepada Pencipta NYA. Bila aku kenang2 masa lalu aku ngan nya amat manis sebenarnya..dari kecil aku di manja oleh nya....masih aku ingat hari pertama ku bawa pulang kerja umah yang diberi guru tadika aku...abah lah yang ajar aku tulis no 1...pada masa tu aku anggap tu adalah tulisan paling cantik..aku bangga bawak ke sekolah esok nya.aku tidak pernah dipukul apatahlagi di cubit...tapi ade masa aku nak di rotan kerna ambik duit syiling dari poket seluar masa dia tido...masa kecil aku bersama nya adalah bahagia..semasa aku sekolah darjah 1 aku bersekolah di damansara setiap  hari aku bersama nya...kadang2 abah membawak aku sekali antar penumpang yang menaiki teksi abah...kadang2 abah lambatambik aku.rasa macam nak nangis... bila sekolah rendah di sentul setiap hari aku diantar oleh abah jika aku sekolah pagi menaiki teksi...masih aku ingat masa aku darjah 4 bila sekolah petang..setiap hari abah akan hantar nasi bekalan yang dimasak oleh emak di kedai pakcik aziz. nasi tu kami makan bersama di padang sekolah

Bila rindu

Bila rindu datang berlabuh di dalam hati apa kan daya aku. Anyah ipah rindu ngan anyah dah setahun ipah tak jumpa anyah. Apa yang belaku ni ...