Saturday, 19 June 2021

Positive

Assalammualaikum,

Hari ini 19 June Lama aku tak up date blog ni. Impian aku besar pada anak-anak ku, Sekarang anak2 aku dah besar Hariz Hussein pon dah 13 tahun Aisy Rahmat 11 tahun. Hari ini aku dan suami ku menasihatkan anak2 kami. makin besar meraka makin sukar nak dapat perhatian mereka. tp alhamdulillah anak2 ku mempunyai hati yang lembut mudah kami menasihat kan mereka. Besar harapan aku sebagai ibu pada meraka ingin melihat kerjayaan didunia dan akhirat mereka. melihat mereka membesar di depan mata adalah nikmat yang didapat di dustakan. tak semua ibu di dunia ni dapat melihat anak2 meraka membesar setiap hari dihalangi oleh tuntutan kerja, tuntutan masalah keluarga dan lain2 lagi. aku bukan ibu yg hebat tp cuba nak jadi yg terbaik untuk mereka, biar mereka bangga ada ommie macam aku. 

Thursday, 17 June 2021

Tunggu bulan jatuh ke reba

 


Assalamualaikum

Sapa yg tunggu bulan.... Aku lah kenapa aku percaya kepada bulan. Sbb aku Suka bila malam ada cahaya bulan yang menerangi malam ku yg kelam.


sakit hati

Entah yang ke berapa kali... aku jatuh sakit hati... mana na cari ubatnya???
Satu sifat aku.. aku suka orang cakap depan2 face to face x suka aku dapat cerita dari 3th party. Sebab nya bila 3th party yg sampai kan keasliaan message not 100%. Jujur lah ngan aku cuba ko duduk tempat aku...apa yang ko rasa.???

Thursday, 12 April 2018

starcruise with prudential

Cruise bersama prudential.
Pada 1april 2018. Dapat hadiah dari prudential utk menaiki cruise dari port Klang-phuket-penang-port klang. Terima kasih prudential, terima kasih cinta hati saya kerna membawa syg bersama2 menikmati pelayaran 5 🌟 ni. Tiada kata seindah rasa utk pengalama ini.

Alhamdulilah syukur kepada Allah swt atas kurniaan rezeki ini. Terima kasih jugak kepada client2, adik2 ipar ku kerana mereka semua rezeki ni milik kami.

Terima kasih kepada mak tolong jaga anak2 kami ,masa kami p honeymoon kali ke



Atas cruise @ Virgo

mood ke laut

Dah berzaman tinggalkan blog ni .bukan berhabuk lg..dah tertanam ngan memori sedih aku.

Friday, 21 December 2012

pergi nya tidak kembali

assalammualaikum..
RINDU perkatan yang boleh aku ucapkan dari mulut tapi ayat dari hati tak dapat digambarkan dengan kata2. Pada 21 November 2012 lebih kurang 6.30 ptg kembalinya ABAH kepada Pencipta NYA. Bila aku kenang2 masa lalu aku ngan nya amat manis sebenarnya..dari kecil aku di manja oleh nya....masih aku ingat hari pertama ku bawa pulang kerja umah yang diberi guru tadika aku...abah lah yang ajar aku tulis no 1...pada masa tu aku anggap tu adalah tulisan paling cantik..aku bangga bawak ke sekolah esok nya.aku tidak pernah dipukul apatahlagi di cubit...tapi ade masa aku nak di rotan kerna ambik duit syiling dari poket seluar masa dia tido...masa kecil aku bersama nya adalah bahagia..semasa aku sekolah darjah 1 aku bersekolah di damansara setiap  hari aku bersama nya...kadang2 abah membawak aku sekali antar penumpang yang menaiki teksi abah...kadang2 abah lambatambik aku.rasa macam nak nangis... bila sekolah rendah di sentul setiap hari aku diantar oleh abah jika aku sekolah pagi menaiki teksi...masih aku ingat masa aku darjah 4 bila sekolah petang..setiap hari abah akan hantar nasi bekalan yang dimasak oleh emak di kedai pakcik aziz. nasi tu kami makan bersama di padang sekolah

Friday, 3 February 2012

Happy Birthday

3 Feb 2012 . Birthday Aisy Rahmat yang kedua tahun. semoga dilimpahkan rezeki dan rahmat dari NYA. Semoga Aisy Rahmat menjadi anak yg soleh untuk ummy dan baba ( dah di tukar dari Walit) tak pe ape2 pun panggilan nye tapi maksud nye same je. Sekarang Rahmat makin lasak dan Aktif...semua orang tengok pening kepala..sambil tanya macam mane ummy boleh jaga adik dan abang. Ini semua kuasa ALLAH SWT...ummy mampu jaga anak2 ummy dengan baik. ALLAH maha mengetahui ape yg kita tak ketahui jd ALLAH Amanah kan ummy dan baba Kalian berdua kerana ALLAH tahu ummy dan baba mampu menjaga nye..Mak Long Fatin beri Award Kpd Ummy " ibu meraton " Ade Orang kata anak2 yg kecil nye lasak nanti dah besar baik jd ummy sabar tunggu masa ye tiba. betul........tengok abang Hariz je skrg dah x berapa lasak boleh dengar kata..ANY Way ALL the best for U Muhammad Aisy Rahmat.Ummy LOVE U.

Bila rindu

Bila rindu datang berlabuh di dalam hati apa kan daya aku. Anyah ipah rindu ngan anyah dah setahun ipah tak jumpa anyah. Apa yang belaku ni ...